Lets Search!

Facebook Connect


Nidji Popular Tapi Album Lembap

Nidji yang kini berada di Kuala Lumpur untuk mempromosilakn Heaven yang dijadikan sebagai lagu tema Heroes
Nidji, kumpulan yang berasal Padang, Sumatera Barat (tam: ????) ini seharusnya tidak boleh dipandang rendah sebelah mata.
Sungguhpun band yang terdiri daripada enam orang anak muda yakni Giring (vokalis), Rama (pemain gitar), Adri (pemain drum), Ariel (pemain gitar), Andro (pemain bass) dan Randy (pemain keyboard) memulakan kerjaya sebagai anak-anak band secara sederhana di arus muzik underground, Nidji cukup berbakat.

Malah, pemilihan genre yakni Brit-Pop turut mengasingkan Nidji daripada kumpulan-kumpulan Indonesia yang lain seperti Samsons, Letto, Naff mahupun kumpulan-kumpulan lama seperti Gigi, Dewa 19 serta Peterpan.
Namun impak daripada album sulung mereka yang berjudul Breakthru berjaya membuktikan bahawa usia muda dan perbezaan muzik bukanlah penghalang untuk menguasai industri muzik yang penuh dengan saingan sengit.

Kini, Nidji diberi penghargaan bertaraf antarabangsa apabila lagu mereka bertajuk Heaven digunakan sebagai lagu soundtrack untuk mempromosikan rancangan bersiri 'Heroes' yang ke udara menerusi siaran Star World.
"Kami berterima kasih banget kepada pihak pengnajur terutamanya Star World kerana memilih lagu Heaven kami untuk dimainkan di lima buah negara Asia termasuk Filipina, Singapura dan Thailand

"Sememangnya ini merupakan satu penghargaan terhadap perjuangan muzik kami," ujar Giring selaku jurucakap kumpulan itu ketika sidang akhbar yang diadakan di Ruums baru-baru ini.
Malah, lagu mereka dipilih secara eksklusif kerana pihak Star World merasakan senikata Heaven begitu sinonim dengan jalan cerita 'Heroes' yang mengisahkan kehidupan enam manusia biasa yang mempunyai kuasa ajaib untuk mengubah dunia.
"Lagu Heaven memberi nilai-nilai positif kepada pendengar-pendengar kami. Kami mahukan mereka percaya kepada diri mereka sendiri dan jangan berhenti daripada mengejar impian meskipun dipandang rendah oleh orang lain," ujar Giring lagi mengenai relevan lirik Heaven kepada Heores.

Nidji antara band yang popular di Indonesia dan semakin meningkat di Malaysia

Penjualan album lembap?
Walaupun lagu-lagu mereka menjadi siulan ramai serta kegilaan anak-anak band di Indonesia, penjualan album Breakthru ternyata tidak begitu memberangsangkan di Indonesia.
Malah, populariti mereka yang sudahpun memintas band-band senior seperti Dewa 19, Peterpan, Gigi mahupun Sheila On Seven ternyata tidak mencukupi untuk menjual album mereka di sana.
"Kami kini menghadapi masalah serius dengan pembajakan (cetak rompak) di Indonesia. Hampir kesemua artis di sana mengalami kesulitan yang serupa dari segi penjualan album di sana.

"Ramai pendengar di Indonesia lebih gemar membeli CD bajakan (cetak rompakan) kerana ianya senang dijumpai serta lebih murah," ujar Rama lagi mengenai masalah yang sedang melanda industri muzik di sana.

"Bukan itu sahaja, malah ramai yang gemar download lagu menerusi komputer, telefon bimbit serta MP3 mereka. Oleh itu, mereka tidak perlu membeli CD mahupun kaset," tegasnya lagi mengenai album yang sudah terjual kira-kira 500,000 unit di Indonesia setakat ini.
Namun terdapat jua desas-desus yang mengatakan syarikat produksi mereka sendiri kurang melaksanakan aktiviti promosi album Breakthru di Indonesia.

"Itu tidak benar. Mereka giat mengadakan roadshow serta tour untuk mempromosikan album kami.
"Kekurangan promosi bukan punca utama album ini susah untuk dijual," tegas Giring mengenai promosi lembap album Breakthru.
Kumpulan yang popular dengan lagu-lagu Hapuskan Aku, Kau dan Aku serta Disco Lazy Times ini juga kini dalam proses mengumpul bahan-bahan untuk dimuatkan ke dalam album kedua mereka.

Sudah semestinya Nidji turut menghadapi tekanan yang tinggi untuk menghasilkan album yang dapat memberi impak maksimum kepada pasaran Indonesia mahupun di negara-negara jiran yang lain.
"Sudah semestinya kini kami sibuk banget untuk mencari bahan-bahan yang sesuai kerana album pertama kami Breakthru mengecapi sukses yang luarbiasa.
"Oleh itu, kami harus mengambil masa untuk memilih dan memastikan bahawa kualiti lagui-lagu untuk album kedua lebih baik daripada yang pertama," ujar Rama mengenai harapan tinggi yang diletakkan ke atas mereka untuk meneruskan sukses mereka menguasai industri muzik Indonesia.


Giring selaku vokalis Nidji kecewa dengan cetak rompak yang kini merundungi industri muzik Indonesia

Tidak sabar untuk beraksi di Ruums
Tanggal 23 Mac ini, Nidji bakal menggegarkan kelab Ruums untuk acara Nidji Breakthru Tour nanti.
"Kami senang berjumpa dengan peminat-peminat kami di sini. Kami amat merindui mereka sejak kali terakhir kami berada di Kuala Lumpur iaitu pada bulan Mei tahun yang lalu," ujar Randy mengenai reaksi mereka terhadap lawatan kedua kumpulan tersebut di Kuala Lumpur.
"Pada malam itu nanti, kami akan menyanyikan kira-kira sepuluh buah lagu daripada album Breakthru termasuk Hapuskan Aku, Sudah, Bila Aku Jatuh Cinta dan sudah semestinya Heaven yang menjadi satu kemestian untuk showcase itu nanti," ujar Randy mengenai persiapan band tersebut sebelum malam Jumaat nanti.

Selain daripada itu, Nidji turut akan melakukan persembahan secara akustik.
Showcase yang akan bermula pada 7.30 malam itu juga akan dirakamkan oleh siaran televisyen muzik popular, Channel V.
Sejurus selepas persembahan Breakthru Tour di Kuala Lumpur, Nidji akan kembali meneruskan tour mereka di Indonesia.

"Kami dalam proses mengadakan konsert bergerak di seluruh Indonesia dan kini kami sudahpun membuat persembahan di 22 buah daerah.
"Selepas saja show kembali dari Kuala Lumpur, kami akan menghabiskan tour di lima buah daerah lagi," ujar Randy lagi.

source: mstar.com.my



No comments: