Heaven dijadikan lagu latar promo siri popular Heroes
USAHA berterusan Star TV mengetengahkan bakat dari Asia ke pasaran Hollywood harus dipuji. Selepas Star World (di bawah Star TV) membawa Datuk Siti Nurhaliza ke Grammy Awards baru-baru ini, kini giliran band dari Indonesia, Nidji mendapat pendedahan seumpama itu apabila lagu mereka, Heaven dijadikan lagu latar promo siri popular Heroes.
Walaupun kumpulan ini dalam proses membina nama dalam bidang seni suara, Heaven dikatakan menepati tema siri yang mendapat ‘rating’ tinggi di kalangan penonton Amerika Syarikat. Satu permulaan baik untuk Nidji.
Naib Presiden Bersekutu Serantau Asia Star TV, Nini Yusof, berkata lagu daripada kumpulan Nidji dipilih kerana lirik dan genre dibawa bersesuaian dengan jalan cerita Heroes.
“Sebelum ini banyak senarai lagu menjadi pilihan kami, tetapi selepas membuat pemilihan, kami mengambil lagu berjudul Heaven nyanyian Nidji sebagai lagu tema rancangan itu.
“Ia akan membuka peluang kepada Nidji untuk membina nama di persada muzik antarabangsa, sekali gus memberi promosi kepada kumpulan itu kerana Heroes disiarkan di seluruh Asia,” katanya.
Lagu Heaven diambil daripada album pertama Nidji berjudul Breakthru’ yang turut menampilkan single popular seperti Sudah, Bila Aku Jatuh Cinta dan Hapus Aku.
Nidji yang dianggotai M Adri Prakarsa, 24 (drum); Ariel, 24 (gitar); Giring Ganesh, 24 (vokal); M Andro Regantoro, 23 (bass); M Ramadista Akbar, 23 (gitar) dan Randy Danistha, 23 (keyboard), kini ada di Kuala Lumpur dalam usaha mempromosi album mereka.
Menurut Giring, mereka sungguh bertuah, malah perasaan gembira tidak dapat digambarkan kerana lagu Inggeris dendangan mereka diberi peluang oleh Star World untuk menjadi lagu latar siri Heroes.
“Kami sungguh gembira dan bangga dengan kerjasama Star World. Tidak sangka mereka berminat dengan lagu Heaven untuk mempromosi Heroes yang disiarkan di serantau Asia dan ditonton jutaan peminat Star World,” kata Giring.
Heroes ditayangkan di saluran 70 Astro setiap Rabu, jam 9 malam.
Menyentuh mengenai album mereka, Giring berkata, selepas album sulung mereka menjengah pasaran, kini album pek semula akan dipasarkan menjelang April ini.
“Album ini menampilkan tiga klip video terbaru melalui lagu popular kami berjudul Sudah, Bila Aku Jatuh dan Hapus Aku. Ia hadiah kami kepada peminat dan kami cuba lakukan yang terbaik bagi memenangi hati mereka,’ katanya.
Oleh FIRDAUS SAHAT, 25 March 2007
Sumber: http://www.hmetro.com.my

No comments:
Post a Comment