Lets Search!

Facebook Connect


NIDJI - Janji Yang Terbaik

by Warner Music Malaysia (@ gua.com.my), 11 Jan 2008

Melalui album pertama mereka yang berjudul Breakthru, sekumpulan enam orang anak muda dari Jakarta telah berjaya menampilkan idealisme muzik mereka, tidak kira di Indonesia mahupun di Malaysia. Ini terbukti dengan pelbagai penghargaan yang diraih oleh Nidji melalui Breakthru, di mana lagu-lagu single seperti Hapus Aku dan Sudah berjaya menambat hati pendengar muzik tempatan. Malahan, muat-turun nada dering untuk album pertama mereka telah mencecah 80,000 unit di Malaysia.

Sempena pelancaran album mereka yang kedua yang berjudul Top Up, kumpulan yang dianggotai Giring (vokalis), Andro dan Rama (gitaris), Ariel (bass), RunD (keyboard) serta Adri (Drum), telah memilih Malaysia sebagai destinasi Top Up Tour mereka.

Promosi album tour Nidji di Malaysia akan diadakan dari 23 hingga 26 Jan. Aktiviti promosi yang akan diadakan termasuklah sebuah showcase pada 23 Jan di Ruums Bar and Club, Jalan Sultan Ismail, KL pada pukul 8malam.

Peminat Nidji dijemput ke Ruums untuk menyaksikan persembahan istimewa mereka. Peminat-peminat boleh mendapatkan dua jemputan ke mini showcase Nidji ini melalui pembelian album Top Up. Selain itu, peminat juga akan mendapat button badge Nidji / Zero Hour edisi khas dengan setiap pembelian cakera padat Top Up.

1 comment:

ch1ka said...

bravo buat nidji...top banget dehh