Oleh : Warner Music (M)
Melalui album pertama mereka yang berjudul Breakthru, sekumpulan enam orang anak muda dari Jakarta telah berjaya menanamkan idealisme muzik mereka di Indonesia. Mereka berjaya menampilkan satu daerah baru di peta muzik, dan membuat nama mereka diingati, tidak kira di Indonesia mahupun di Malaysia. Ini terbukti dengan pelbagai penghargaan yang diraih oleh Nidji melalui album Breakthru, di mana lagu-lagu single seperti Hapus Aku dan Sudah telah berjaya menambat hati pendengar muzik tempatan. Malahan, muat-turun nada dering untuk album pertama mereka telah mencecah 80,000 unit di Malaysia.
Kini, Nidji yang dianggotai Giring (vokalis), Andro dan Rama (gitaris), Ariel (bass), RunD (keyboard) serta Adri (Drum), kembali dengan album baru yang menampilkan satu lagi kelainan dan pembaharuan dalam muzik mereka. Top Up, album baru Nidji yang bakal diedarkan di Malaysia pada bulan depan memberikan satu pendekatan baru untuk peminat-peminat mereka. Judul album menggambarkan perjuangan Nidji untuk terus berjaya dan terus meroket cita-cita mereka ke tangga yang tertinggi.
Single pertama yang berjudul Biarlah, masih memperlihatkan karakter Nidji yang kita kenal, iaitu sebuah karakter yang senang memacu semangat kita untuk bersuka-cita melalui melodi iramanya, tanpa peduli dengan lirik yang sebenarnya bercerita tentang kekesalan hati. Dan, yang juga menjadi ciri Nidji ialah lagu yang mempunyai melodi tersendiri. Walaupun enam orang sahabat ini lebih menyukai lagu yang bermelodi upbeat, tapi mereka sering juga berjaya menghasilkan nada-nada lagu yang melodius. Ini dapat dibuktikan melalui lagu Jangan Lupakan yang menggabungkan lirik berbahasa Inggeris dan Indonesia.
Selain melodi, Nidji juga sememangnya terkenal dengan lirik-lirik lagu yang simple tapi mengasyikkan. Ini terbukti melalui lagu Arti Sahabat yang menceritakan tentang erti dan harapan sebuah persahabatan. Lagu ini telah dipilh sebagai lagu tema MTV Staying Alive, kempen HIV yang dianjurkan oleh MTV.
Selain perhatian untuk kempen HIV, Nidji juga punya perhatian khusus dengan dunia pendidikan di Indonesia, dengan membentuk NIDJIHOLIC CARE – sebuah pembentukan antara anak-anak Nidji dan Nidjiholic (fan club Nidji) yang memberi perhatian dalam mengumpulkan dana untuk memperbaiki dan memajukan pendidikan di kalangan anak-anak kurang mampu di Indonesia.
Di Malaysia, album Top Up akan berada di pasaran pada awal bulan depan. Namun, peminat-peminat yang tidak sabar boleh mendapatkan muat-turun nada dering, wallpaper, dan lagu penuh, untuk kesemua 12 lagu yang terkandung di dalam album baru ini mulai bulan ini.
Sempena pelancaran album baru ini, pihak Warner Music Malaysia juga ingin mengambil kesempatan untuk membentuk fan club NIDJIHOLIC di Malaysia. Peminat-peminat yang berminat boleh menghantar emel ke nidjiholic.malaysia@gmail.com
No comments:
Post a Comment