Lets Search!
Facebook Connect
Nidji Breaks Out In Malaysia
Taken From: http://www.gua.com.my (02 Jan 2008)
Mungkin anda sudahpun mendengar khabar-khabar angin bahawa kugiran top Indonesia, Nidji, akan bertandang ke sini tanggal bulan Januari ini untuk menghiburkan peminat-peminat Malaysia mereka.
“Apa? Nidji di Malaysia lagi? Hari tu kan dah datang? Katakan tidak!” Ya, kumpulan popular yang berambut gondrong dan berlagu hensem ini dijadualkan untuk membuat persembahan di sini untuk memulakan tahun 2008 dengan showcase rock yang berseri-seri.
Ke hadapan vokalis kumpulan, Giring, dalam sebuah temuramah melalui telefon tempoh hari, jelas bahawa keenam-enam anggota Nidji juga tak sabar-sabar menantikan masa untuk datang berkunjung ke Malaysia untuk bernyanyi-nyanyi di hadapan peminat tercinta.
Satu perkara yang mempesonakan tentang si Giring ini, selain sikap peramahnya yang tak tertanding setakat ini oleh mana-mana artis rock Indonesia kecuali Padi, adalah kejujurannya bertutur tentang apa-apa sahaja. Bayangkanlah, gosipnya sendiri pun dia rela menghebohkan! Ha, bacalah sampai habis untuk mengetahui maksud saya.
Giring yang cukup selesa berbahasa Inggeris juga boleh tahan kelakar orangnya, dan dia mengambil tugasnya sebagai “tukang interbiu” Nidji dengan rela hati dan ringan sekali.
Hello Giring. How are you? Thanks for this interview. Di mana kamu sekarang?
Hi. I’m fine, thank you. Saya di Indonesia tetapi ia sama juga seperti saya masih belum pulang (ketawa). Kami sedang sibuk bersedia untuk persembahan di Malaysia bulan satu ini dan juga untuk tour Asia kami yang bermula bulan dua.
Pertama sekali, kita bercerita tentang album baru band kamu berjudul Top Up.
Yes, I think Top Up is a great album. We put everything into it … all we had into the new songs. We experimented a lot and it’s our best songwriting so far. And the good news is we sold 19,000 copies in just two weeks!
Berbanding dengan album pertama Nidji sebelum ini, Breakthrough, bagaimana suasana pembikinan muzik untuk album ini?
Ha ha … Kami lebih bergurau senda kali ini dan banyak ide-ide baru yang tidak pernah difikirkan menjelma di dalam muzik kami. Saya boleh katakan bahawa album ini benar-benar luarbiasa kepada setiap anggota Nidji.
Boleh kamu kongsikan ilham-ilham ataupun rujukan baru sempena album ini?
Saya masih gemar merujuk kepada seni lagu the Beatles kerana ianya pop yang agung sehingga hari ini. Saya juga mengambil ilham daripada grup Kanada, Arcade Fire, dengan muziknya yang begitu epik sekali terutamanya album pertama mereka, Funeral.
Apa reaksi kamu terhadap cemuhan sesetengah pemerhati yang mengibaratkan Nidji sebagai Coldplay rantau ini?
Coldplay? Maksudnya mereka belum mendengar lagi album kami yang kedua ini! (Ketawa) Sebenarnya, kami sudah lama mengikis stigma itu di Indonesia. Tetapi pendek katanya, itu satu pujian juga kerana mereka kaya, iya? Ha ha ... Jika kami sama kaya seperti Coldplay, itu bagus ya!
Kehidupan seharian kamu banyak berubah sepanjang tahun ini barangkali berbanding dahulu?
Oh, banyak sekali! Kehidupan saya, kehidupan kita semua memang bertukar dengan drastik sekali. Secara peribadinya, saya telah menjadi lebih bertoleransi terhadap kritikan contohnya. Saya rasa saya sebagai orang yang paling banyak mendapat perhatian di antara kita semua sudah matang menilai dan menerima segala apa yang dilemparkan pada grup ini. Tetapi iya, ianya sentiasa akan menjadi sesuatu yang berat apabila kamu dikritik ataupun digosip.
Digosipkan? Seperti?
Seperti ... oke, kamu bayangkanlah sama siapa yang saya digosipkan baru-baru ini. Cuba kamu teka. (Senyap sebentar) Oke, do you know who is Kris Dayanti? Kamu kenal dia kan? Well, yeah, I was said to be involved with her! Boleh kamu bayangkan? Ha ha! I can’t believe it. Tidak masuk akal sama sekali ya. Gosip saya bersama (Kris Dayanti) itulah yang paling menganggu hidup saya sekarang di Indonesia. Kerana iya, klise, tetapi benar, kami hanya kawan baik. We’re just good friends.
Berbalik kepada soal muzik Nidji, apa baik-buruk yang diterima sejak rilisan album Top Up?
Banyak yang mengatakan ianya terlalu eksperimental sebenarnya, tidak mengira lagu-lagu single radio seperti Jangan Lupakan. Jadi itu saya rasa satu tandanya bahawa kritik-kritik memang menerimanya. Tetapi ingat ya saya dan Nidji pada hasratnya memang bermain muzik untuk fans dan diri kita sendiri.
Ada kritikan yang kurang senang ditelan oleh ahli-ahli Nidji?
Selain itu juga ada pula yang mengatakan Nidji ini ‘Rolling Stones Indonesia’. Dan itu bagi saya, tandanya kami sudah meningkat another level! Ha ha! Baik atau buruk, apabila orang mula berceritakan tentang muzik kamu, ianya satu yang baik. Yang saya percayakan adalah bahawa ada dikalangan itu, pendengar yang benar-benar menikmati muzik kami.
Apakah keistimewaan lagu Jangan Lupakan itu, from your latest album?
It was a song I wrote when I was still in college. It means a lot to me; it’s a personal favourite. Lagu ini lagu yang rapat pada saya kerana saya menulisnya ketimbang jatuh cinta sama girlfriend saya yang sekarang.”
Arti Sahabat juga bunyinya seperti sebuah lagu yang istimewa dan ada kesinambungan tersendiri di antara anggota Nidji, jika dihayati liriknya.
Ini tahun keenam kami bersama ngeband sebagai Nidji. Thank you for asking actually. Lagu itu kami tulis selepas pergaduhan besar diantara drummer dan saya, dan peristiwa itu hampir-hampir menghancurkan Nidji. Lagu itu memulihkan hubungan kita dan merapatkan kita semula. Jadi iya, lagu itu cukup istimewa ya.
Kenapa lagu ini dipilih untuk tema kempen kesedaran Aids MTV Staying Alive? Boleh kamu ceritakan juga tentang kempen-kempen memberi semula kepada komuniti yang Nidji sudahpun aktif terlibat walaupun baru dua album usia Nidji?
Kerana reason ini juga kami pilih lagu ini untuk diangkat oleh MTV Staying Alive. Kami tidak mahu lagi pandang ke belakang sebagai ahli Nidji. Dan begitu juga jika diperdebatkan soal Aids. Kami mahu memikul tanggungjawab itu untuk menyebarkan mesej kepada semua dengan suara yang kuat sekali, untuk bergerak ke hadapan dengan yakin dan menerima tragedi. We want to be the voice of this, of our generation. We are concerned about everything, from education to Aids and everything concerning young people now.
Apakah cita-cita jangkamasa panjang Nidji? What are your plans for the long run?
Oh, kami sebagai Nidji pertama sekali musisi ya, jadi kami langsung takkan menjadi ahli politik ya! (Ketawa) Saya sebenarnya masih mengimpikan dan juga mendoakan supaya tibanya satu hari, bila Nidji akan berpeluang merakam sebuah album penuh berbahasa Inggeris untuk dipasarkan di arena antarabangsa. Kerana kian saya boleh melihat di mana Nidji berdiri di dalam dunia ya, bersama idola-idola kami.
Akhir sekali, kamu seronok mahu datang lagi ke Malaysia untuk membuat persembahan buat peminat-peminat Nidji di sini?
Oh iya, lama juga saya berdoa agar kami jadi akan ke sana! We’re really looking forward to performing in Malaysia. We miss the people and everything there, like maggi goreng mamak.”
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
aduh..agak pusing baca komennya pake bahasa Malaysie XD
kayaknya kemaren digosipinnya ma Tyas deh? x]
baidewai, good luck for Nidji! :D
iya ... ga ada yang pake bahasa Indonesia ?
But, TQ atas lagu-lagunya ... bagus-bagus
Post a Comment